BAGAN SERAI: Sebanyak 1.5 juta ekor ikan kelisa pelbagai spesies bernilai RM78 juta, berjaya dieksport ke luar negara sepanjang tahun 2023, kata Ketua Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Datuk Adnan Hussain.
Beliau berkata bagi meningkatkan jumlah tersebut, pihaknya akan membantu para pengusaha ikan tersebut untuk mendapatkan permit Konvensyen Mengenai Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Terancam (CITES) yang berperanan dalam memudahkan mereka mengeksport ikan spesis itu keluar negara.
"Antara jenis yang dieksport melibatkan ikan kelisa jenis hibrid, merah, emas, albino dan sebagainya. Permintaan tinggi kita perolehi dari China, Taiwan, Hong Kong dan Jepun.
"Bagi memastikan pengeksportan itu meningkat, kita komited membantu para pengusaha mendapatkan permit CITES namun mereka perlu mengikut garis panduan ditetapkan terutama melibatkan aspek pengurusan," katanya pada pada Program Ramah Mesra Santai bersama Pihak Berkepentingan Santuari Ikan Kelisa Bukit Merah di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, pada program itu, 100 ekor induk ikan kelisa emas bernilai RM150,000 dilepaskan ke dalam Tasik Bukit Merah.
Adnan berkata buat masa ini Perak juga masih mengekalkan status sebagai negeri pengeluar terbesar ikan kelisa emas, untuk pasaran dalam dan luar negara.
"Selain Perak, Johor, Melaka dan Selangor. Jadi keempat-empat negeri ini sahaja yang aktif serta menghasilkan pengeluaran dalam skala besar untuk tujuan pasaran," katanya.
Dalam pada itu, Adnan berkata pihaknya sedang meneliti dan membuat penilaian terhadap Pelan Pengurusan Ikan Kelisa Emas Tasik Bukit Merah, agar ia lebih relevan selain melindungi populasi spesis berkenaan di kawasan tersebut.
"DOF di peringkat negeri juga telah mengambil inisiatif menyenaraikan serta memasukkan terma santuari dan spesies ikan kelisa emas sebagai ikan yang dilindungi di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) Negeri Perak 1992.
"Kaedah tersebut turut menyentuh berkenaan kawalan penangkapan ikan kelisa emas di perairan umum dengan mengehadkan saiz maksimum 15 sentimeter (cm) sahaja yang boleh ditangkap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Adnan (kiri) dan Pengarah Perikanan Perak, Mohd Ghazali A Manap (kanan) melepaskan induk ikan kelisa emas pada Program Ramah Mesra Santai dan Program Pelepasan Induk Ikan Kelisa Emas di Santuari Tasik Bukit Merah semalam. - fotoBERNAMA
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
1.5 juta ekor kelisa bernilai RM78 juta dieksport pada 2023 - DOF
Bagi meningkatkan jumlah ekor kelisa untuk eksport, DOF akan membantu para pengusaha ikan tersebut untuk mendapatkan permit CITES.
Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian
Jabatan Perikanan Malaysia meminta kolaboratif semua pihak bagi memastikan populasi mamalia laut tersebut tidak terancam.
85 anak penyu karah dilepaskan ke perairan Labuan
Sebanyak 85 ekor anak penyu karah yang merupakan spesies terancam dilepaskan ke laut di Labuan malam tadi.
Agong berkenan melawat Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai.
Brazil rampas 28.7 tan metrik sirip ikan jerung, terbesar di dunia
Rampasan itu mewakili kematian kira-kira 10,000 jerung dari dua spesies berbeza iaitu jerung biru dan jerung mako sirip pendek.
China: Usaha lindungi haiwan dan tumbuhan liar catat pencapaian menggalakkan
Antara spesies yang berjaya ditambah populasinya ialah panda gergasi, gajah Asia, harimau dan harimau bintang, ungka Hainan, burung sekendi berjambul dan pokok merpati.
Pekerja zoo Cuba raikan kelahiran badak sumbu putih
Semua zoo di dunia diminta berikhtiar untuk membiakkannya dalam jagaan rapi dengan harapan sebuah bank sperma dapat dihasilkan.
Kelab Belia Prihatin pergiat usaha selamatkan Harimau Malaya
Belia Prihatin menyeru agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri, badan-badan korporat dan organisasi masyarakat dapat bekerjasama.
Pelbagai burung termasuk spesies terancam kembali ke Tasik Kenyir
Antaranya termasuklah burung sewah tekukur besar, burung hantu kuang kuik, burung tukang kelab dan burung sultan tit.
Koala mungkin akan pupus di Australia
Para saintis dan ahli akademik berulang kali mengeluarkan amaran mamalia ikonik Australia itu mungkin akan pupus.